Sunday, October 10, 2010

Jalur Lebar? or Jalur Sampah?

kalau korang perasan, sebenarnya kerajaan malaysia ni bagus. mereka selalu ambil peduli pasal masalah rakyat termasuklah mengadakan pelbagai jenis kempen untuk memastikan produk golongan kapitalis kerajaan laku dilanggan oleh 28 juta rakyat malaysia. Yang jadi masalah ialah selalunya mesej mesej kerajaan kita ni sama ada tak releven ikut konteks masa, atau tak dapat difahami oleh rakyat jelata. Selalunya mesej mesej tu pulak bukan orang kerajaan yang sediakan, tapi (again) oleh 3rd party iaitu golongan kapitalis yang tamak dan hanya memikirkan keuntungan tanpa deliver "the product" dengan sepatutnya. As a result, banyaklah iklan iklan sampah dari pihak kerajaan yang boleh kita review dalam blog ni. aku dengan senang hati dan hati yang terbuka bersedia je untuk meng"review" iklan iklan tersebut sebagai tanda yang aku pun bersedia untuk participate dalam risalah 1Malaysia (lol).

Iklan pertama yang aku nak review ni datangnya dari kementerian kerajaan yang diberi nama KPKK (Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan), melalui MCMC (Malaysian Communications And Multimedia Commission). Kiranya collaboration ni. Selalunya collaboration ni gempak kan? Jom kita tengok apa hasil dari "marriage" tersebut:

Dah tengok? Jom kita cerita pasal iklan ni. First skali aku nak bagi sinopsis kefahaman aku mengenai iklan ni:

1. Nenek tengah bz memasak. Typical kampung living lah.

2. Kemudian komputer berbunyi. Canggih siot, kat kampung ada komputer! Nenek dan cucu pun berlari ke depan komputer sambil cucu dia tergedik gedik menari.. excited sebab komputer tu berbunyik kot?

3. Cucu tergedik-gedik nak melayan komputer tuh. Dengan penuh kasih sayang, nenek pun pakaikan cucu dengan headset...

4. Sekali muka mak dia keluar kat screen komputer siot. Pergh, rupanya video conferencing dengan anak! (walaupun sebenarnya video mak dia kat screen tu pre-recorded then played in windows media player in full screen. paling canggih pun diaorg playback guna VLC).

5. Iklan diakhiri dengan seekor binatang gemuk yang bajet cute (aku rasa adik beradik Digi Yellowman) berkata "saya boleh membantu anda menghubungi orang tersayang dengan mudah"

6. ... dan mcm biasa lepas tu ada la list agensi kerajaan dan kapitalis yang melobi supaya agensi kerajaan tu buat iklan untuk diaorg....

Isu aku dalam iklan ni (sebenarnya banyak nak kutuk tapi lets be fair) ada 3 je:
1. Apa sebenarnya mesej yang diaorg nak sampaikan dlm iklan tu? Aku langsung tak faham
2. Apa yang binatang gemuk berwarna merah bertulis BB ("broadband") tu buat di akhir iklan tu? Adakah semata mana nak nampak iklan tu gempak sebab ada CG walaupun sebenarnya kualiti CG tu macam sampah?
3. Promote broadband, tapi ko tengok la komputer dia? Dengan webcam 30 hengget beli kat lowyat, monitor ntah CRT zaman bila tah. Orang skang monitor pun LED bang oiii!!!

Aku rasa costing buat iklan tu paling kuat pun RM300 ringgit. Tak caya? Jom list down satu demi satu:
1. Location shooting: free. buat kat umah nenek di kampung. siap dpt free accomodation + makan lagi tu beb.
2. Transportation cost: balik kampung - melaka RM25 sehala + minyak van RM50 sehala = RM150 round trip
3. Cost pelakon:
nenek - free. nenek cakap tak kesah, janji boleh popular mcm tok wan iklan "macam macam ada" astro.
budak pompuan - culik anak sedara kat kampung tu kejap. upahkan la dgn choki-choki ngan aiskrim mat kool = RM3.00
Total = RM153. Tersasar jauh siot dari bajet 300 hengget yang aku predict tadi.

Tapi kenapa aku dengar total budget untuk campaign ni closed to 10 million? Oh ye, lupa plak aku eh.. ada CG.. 6 seconds CG on the "binatang gemuk merah" tu... 6 seconds worth of trash. setakat cgi mcm tu baik ko tengok barney from barney and friends...


sampah, sampah...
painkiller.

No comments:

Post a Comment