Tuesday, November 23, 2010

Yes 4G: Yes!

YESSS!!

Anyone felt cheated by Yes 4G promotion?

Yes. Everyone got cheated too.

Wednesday, October 13, 2010

TonTon.com.my - The New Way To Watch TV

TonTon.. Youtube untuk Malaysia?
User mesti suka punyalah
Ye ke?
The whole commercial missing its point
Website takkan best kalau takde awek cun
Kalau orang muda boleh tengok awek, yang tua apa salahnya?
Orang perempuan kan suka naik kuda..
Errr.. Redtube?
TonTon.com.my... Kami YouTube, Redtube and Sabul versi Malaysia

Face palm. Muntah hijau. Itu first impression bila tengok iklan ni. Kata-kata tak dapat nak gambar kan kesampahan message yang cuba disampaikan.

Radio listener pun tak terkecuali. Iklan TonTon.com.my version radio lagi sampah. First time iklan ni keluar di radio dia extract sebijik audio record dari iklan tv. Few weeks later, diorang tambah background music for this radio ads. 

Honestly, I really feel disgusted and its really a turn-off to go to the website after watching and listening to the commercial. Only when I want to make review for iklan sampah I went on to visit the site.

The website concept is fine. The advertisement sucks big time. 

Sampah. 


P/s: Original video from youtube below















Monday, October 11, 2010

Iklan Raya Petronas: Madu Sampah

Tahun ni, banyak betul iklan raya yang boleh diklasifikasikan sebagai sampah. Iklan yang takde motif, yang takde moral value, yang takde continuity dan pelbagai lagi lah jenis klasifikasi yang melayakkan iklan tu mendapat title sampah.

Iklan yang aku nak reviewkan kali ini adalah iklan raya Petronas. Tajuk diberi nama "Kisah Terlanjur Maznah dan Fendi". Kiranya dia nak buat iklan ni ala ala cerita "Madu 3" P. Ramlee. Entah apa yang terlanjur aku pun tatau la. Jom kita tengok iklan ni:


Macam biasa, aku akan kupaskan satu persatu sinopsis iklan ini mengikut kefahaman aku sebagai seorang penonton iklan typical dikalangan masyarakat:

1. Iklan bermula dengan paparan tajuk cerita ala-ala filem lama P. Ramlee. Layankan je lah...

2. Fendi balik dengan tergesa gesa. Dia kemudian terus berlari kearah isteri yang sedang marah.
Lari punya lari, isteri cakap di tengah tangga: "Nah tak kira, raya tahun ni abang tinggai kat sini soghang soghang. Nah nak p balik alor staqq jugak!" (sila cakap dengan lenggok bahasa gaya orang utara)

3. Kemudian, iklan flashback ke 5 hari sebelum.
Kita difahamkan yang 5 hari sebelum ni, mak dan mertua si Fendi ni bergaduh pasal raya. Sebab tu la isteri dia pun buat hal. Aku ingat isteri dia mengamuk sebab PMS, rupanya kene cucuk ngan orang tua. Pasal gelang pulak tu. Duhhhh.

4. Fendi yang terdesak ni pun call bapak dia mintak advice. Bapak dia, ala-ala Ahmad Nisfu dalam cite madu 3 pun bagi sebijik advice yang aku rasa paling useless dalam sejarah kejadian manusia -
"Tu lah kau, kenapa kau pilih orang jauh. Dekat kan senang!"

5. Yang si Fendi ni pulak, kononnya menganggap idea bodoh bapak dia ni bernas, boleh implementasi idea tu secara serius. Apa dia buat? Tu dia.....

Angkut terus rumah dari kampung bawak ke Kuala Lumpur!

6. Macam biasa la kan, isteri dah heppi dan pasal ni iklan raya, maka mereka pun bersalaman di laman 3 rumah....

7. Iklan diakhiri dengan mesej moral Petronas (standard syle iklan Petronas lah) yang mengatakan bahawa kalau bertolak ansur raya selamat. The end.


So, kenapa iklan ni sampah? Aku listkan reasons aku kat bawah ni:

1. Aku menyampah gila tengok si Fendi ni. Bajet macam P. Ramlee la konon. P. Ramlee wannabe ada lah. Ko tgk snapshot dia buat muka gatal ngan awek ofis dia tu, tak rasa nak lempang ke?

2. Mesej. Apa mesej iklan ni? Kalau ikut dari petronas, mesej dia ialah "Bertolak ansurlah. maka selamat raya anda". Aku nak tanya korang balik, kalau ikutkan resolusi si Fendi dalam iklan ni, which part shows that isteri dia atau dia bertolak ansur? End up angkut rumah, diulangi RUMAH ke halaman rumah diaorg. Itu selfish bai. Ko imagine jumpa parents ko cakap nak angkut rumah bawak p depan rumah korang, ingat parents korang nak bagi ke? Bongok gile

3. Advice bapak Fendi. Korang imagine eh, korang tengah kusut-kusut ni bapak korang boleh bagi advice yang "mengondem". Tu advice ke apa? Boleh pulak bapak dia cakap "Tu lah kau, kenapa kau pilih orang jauh. Dekat kan senang!" Kalau dengan aku korang cakap mcm tu, mau makan selipar korang. Kekeke.

Cukup la kot 3 reasoning yang aku bagi ni. Banyak banyak karang korang cakap aku bias pulak. Ok, aku p nak layan cerita Madu 3 P. Ramlee. Tu baru betul legend. Chow.

anti-sampah,
painkiller

Air Asia - May The Force Be WIth You (Facebook)

We have seen the Air Asia ads from Facebook and we decided that we should come out with our own iklan sampah version.




May the force be with us.

Sunday, October 10, 2010

Jalur Lebar? or Jalur Sampah?

kalau korang perasan, sebenarnya kerajaan malaysia ni bagus. mereka selalu ambil peduli pasal masalah rakyat termasuklah mengadakan pelbagai jenis kempen untuk memastikan produk golongan kapitalis kerajaan laku dilanggan oleh 28 juta rakyat malaysia. Yang jadi masalah ialah selalunya mesej mesej kerajaan kita ni sama ada tak releven ikut konteks masa, atau tak dapat difahami oleh rakyat jelata. Selalunya mesej mesej tu pulak bukan orang kerajaan yang sediakan, tapi (again) oleh 3rd party iaitu golongan kapitalis yang tamak dan hanya memikirkan keuntungan tanpa deliver "the product" dengan sepatutnya. As a result, banyaklah iklan iklan sampah dari pihak kerajaan yang boleh kita review dalam blog ni. aku dengan senang hati dan hati yang terbuka bersedia je untuk meng"review" iklan iklan tersebut sebagai tanda yang aku pun bersedia untuk participate dalam risalah 1Malaysia (lol).

Iklan pertama yang aku nak review ni datangnya dari kementerian kerajaan yang diberi nama KPKK (Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan), melalui MCMC (Malaysian Communications And Multimedia Commission). Kiranya collaboration ni. Selalunya collaboration ni gempak kan? Jom kita tengok apa hasil dari "marriage" tersebut:

Dah tengok? Jom kita cerita pasal iklan ni. First skali aku nak bagi sinopsis kefahaman aku mengenai iklan ni:

1. Nenek tengah bz memasak. Typical kampung living lah.

2. Kemudian komputer berbunyi. Canggih siot, kat kampung ada komputer! Nenek dan cucu pun berlari ke depan komputer sambil cucu dia tergedik gedik menari.. excited sebab komputer tu berbunyik kot?

3. Cucu tergedik-gedik nak melayan komputer tuh. Dengan penuh kasih sayang, nenek pun pakaikan cucu dengan headset...

4. Sekali muka mak dia keluar kat screen komputer siot. Pergh, rupanya video conferencing dengan anak! (walaupun sebenarnya video mak dia kat screen tu pre-recorded then played in windows media player in full screen. paling canggih pun diaorg playback guna VLC).

5. Iklan diakhiri dengan seekor binatang gemuk yang bajet cute (aku rasa adik beradik Digi Yellowman) berkata "saya boleh membantu anda menghubungi orang tersayang dengan mudah"

6. ... dan mcm biasa lepas tu ada la list agensi kerajaan dan kapitalis yang melobi supaya agensi kerajaan tu buat iklan untuk diaorg....

Isu aku dalam iklan ni (sebenarnya banyak nak kutuk tapi lets be fair) ada 3 je:
1. Apa sebenarnya mesej yang diaorg nak sampaikan dlm iklan tu? Aku langsung tak faham
2. Apa yang binatang gemuk berwarna merah bertulis BB ("broadband") tu buat di akhir iklan tu? Adakah semata mana nak nampak iklan tu gempak sebab ada CG walaupun sebenarnya kualiti CG tu macam sampah?
3. Promote broadband, tapi ko tengok la komputer dia? Dengan webcam 30 hengget beli kat lowyat, monitor ntah CRT zaman bila tah. Orang skang monitor pun LED bang oiii!!!

Aku rasa costing buat iklan tu paling kuat pun RM300 ringgit. Tak caya? Jom list down satu demi satu:
1. Location shooting: free. buat kat umah nenek di kampung. siap dpt free accomodation + makan lagi tu beb.
2. Transportation cost: balik kampung - melaka RM25 sehala + minyak van RM50 sehala = RM150 round trip
3. Cost pelakon:
nenek - free. nenek cakap tak kesah, janji boleh popular mcm tok wan iklan "macam macam ada" astro.
budak pompuan - culik anak sedara kat kampung tu kejap. upahkan la dgn choki-choki ngan aiskrim mat kool = RM3.00
Total = RM153. Tersasar jauh siot dari bajet 300 hengget yang aku predict tadi.

Tapi kenapa aku dengar total budget untuk campaign ni closed to 10 million? Oh ye, lupa plak aku eh.. ada CG.. 6 seconds CG on the "binatang gemuk merah" tu... 6 seconds worth of trash. setakat cgi mcm tu baik ko tengok barney from barney and friends...


sampah, sampah...
painkiller.

Twisties - Apakah alat tersebut?






Entry kali nih aku nak kritik pasal iklan twisties kat TV. iklan yang pada awalnya nampak macam innocent, dgn animasi-animasi comel nih sebenarnya ada babak yang boleh kata agak lucah. Tak percaya? cuba lihat saat ke 00:48 dalam video tu dan tengok gambar lagi satu tuh. Bukan apa, kalau kita nk produce iklan, kita kenalah buat kajian kaw-kaw dulu. Jangan la main sebat jer sume idea yang muncul dalam kepala otak.

Bende-bende macam nih sangat serius sebab yang tengok TV bukannya orang-orang tua tapi budak-budak hingusan yang masih suci pon tengok jugak. Kepada producer-producer iklan kat luar sana, aku nasihatkan tolonglah review 100 juta kali iklan korang sebelum korang lepas iklan tu ke TV. Aku taknak explain panjang lebar pasal gambar bende tu. kalau korang nk tahu dengan lebih lanjut, sila la google "fleshlight". Tak pasal-pasal nanti ada yang "excited" terlebih plak bile tengok iklan twisties nih. :D

Thursday, October 7, 2010

McDonalds - Impian Setiap Telur

Telur anda bila lagi?


Pernah tak korang rasa macam nak muntah hijau cirit-birit bila tengok iklan-iklan di radio, television (tv) dan billboard-billboard di malaysia?

Pernah tak korang rasa macam nak sepak terajang, bakar atas zink, buang sungai tidak pun letup guna C4 director-director yang mengarah iklan-iklan yang tak boleh belah sepanjang musim di malaysia ni?

Bagi kitorang, kitorang memang dah tak tahan dengan iklan-iklan tipikal yang sangat membuat tekak loya. 

Iklan-iklan sebegini elok diberikan rating 'Sampah'. Jadi, 'iklan sampah'. Blog iklansampah ini sememangnya direka untuk mengkritik secara unprofessional iklan-iklan di tanah air Malaysia.

Oleh sebab ini entry first, rating iklan McDonalds 'Impian Setiap Telur' tu diklasifikasikan di tengah-tengah oleh sebab ia agak kinky. Boleh tahan juga iklan telur tu, seperti kami yang mempunyai impian dan cita cita. Telur anda pula bagaimana?