Tuesday, November 23, 2010

Yes 4G: Yes!

YESSS!!

Anyone felt cheated by Yes 4G promotion?

Yes. Everyone got cheated too.

Wednesday, October 13, 2010

TonTon.com.my - The New Way To Watch TV

TonTon.. Youtube untuk Malaysia?
User mesti suka punyalah
Ye ke?
The whole commercial missing its point
Website takkan best kalau takde awek cun
Kalau orang muda boleh tengok awek, yang tua apa salahnya?
Orang perempuan kan suka naik kuda..
Errr.. Redtube?
TonTon.com.my... Kami YouTube, Redtube and Sabul versi Malaysia

Face palm. Muntah hijau. Itu first impression bila tengok iklan ni. Kata-kata tak dapat nak gambar kan kesampahan message yang cuba disampaikan.

Radio listener pun tak terkecuali. Iklan TonTon.com.my version radio lagi sampah. First time iklan ni keluar di radio dia extract sebijik audio record dari iklan tv. Few weeks later, diorang tambah background music for this radio ads. 

Honestly, I really feel disgusted and its really a turn-off to go to the website after watching and listening to the commercial. Only when I want to make review for iklan sampah I went on to visit the site.

The website concept is fine. The advertisement sucks big time. 

Sampah. 


P/s: Original video from youtube below















Monday, October 11, 2010

Iklan Raya Petronas: Madu Sampah

Tahun ni, banyak betul iklan raya yang boleh diklasifikasikan sebagai sampah. Iklan yang takde motif, yang takde moral value, yang takde continuity dan pelbagai lagi lah jenis klasifikasi yang melayakkan iklan tu mendapat title sampah.

Iklan yang aku nak reviewkan kali ini adalah iklan raya Petronas. Tajuk diberi nama "Kisah Terlanjur Maznah dan Fendi". Kiranya dia nak buat iklan ni ala ala cerita "Madu 3" P. Ramlee. Entah apa yang terlanjur aku pun tatau la. Jom kita tengok iklan ni:


Macam biasa, aku akan kupaskan satu persatu sinopsis iklan ini mengikut kefahaman aku sebagai seorang penonton iklan typical dikalangan masyarakat:

1. Iklan bermula dengan paparan tajuk cerita ala-ala filem lama P. Ramlee. Layankan je lah...

2. Fendi balik dengan tergesa gesa. Dia kemudian terus berlari kearah isteri yang sedang marah.
Lari punya lari, isteri cakap di tengah tangga: "Nah tak kira, raya tahun ni abang tinggai kat sini soghang soghang. Nah nak p balik alor staqq jugak!" (sila cakap dengan lenggok bahasa gaya orang utara)

3. Kemudian, iklan flashback ke 5 hari sebelum.
Kita difahamkan yang 5 hari sebelum ni, mak dan mertua si Fendi ni bergaduh pasal raya. Sebab tu la isteri dia pun buat hal. Aku ingat isteri dia mengamuk sebab PMS, rupanya kene cucuk ngan orang tua. Pasal gelang pulak tu. Duhhhh.

4. Fendi yang terdesak ni pun call bapak dia mintak advice. Bapak dia, ala-ala Ahmad Nisfu dalam cite madu 3 pun bagi sebijik advice yang aku rasa paling useless dalam sejarah kejadian manusia -
"Tu lah kau, kenapa kau pilih orang jauh. Dekat kan senang!"

5. Yang si Fendi ni pulak, kononnya menganggap idea bodoh bapak dia ni bernas, boleh implementasi idea tu secara serius. Apa dia buat? Tu dia.....

Angkut terus rumah dari kampung bawak ke Kuala Lumpur!

6. Macam biasa la kan, isteri dah heppi dan pasal ni iklan raya, maka mereka pun bersalaman di laman 3 rumah....

7. Iklan diakhiri dengan mesej moral Petronas (standard syle iklan Petronas lah) yang mengatakan bahawa kalau bertolak ansur raya selamat. The end.


So, kenapa iklan ni sampah? Aku listkan reasons aku kat bawah ni:

1. Aku menyampah gila tengok si Fendi ni. Bajet macam P. Ramlee la konon. P. Ramlee wannabe ada lah. Ko tgk snapshot dia buat muka gatal ngan awek ofis dia tu, tak rasa nak lempang ke?

2. Mesej. Apa mesej iklan ni? Kalau ikut dari petronas, mesej dia ialah "Bertolak ansurlah. maka selamat raya anda". Aku nak tanya korang balik, kalau ikutkan resolusi si Fendi dalam iklan ni, which part shows that isteri dia atau dia bertolak ansur? End up angkut rumah, diulangi RUMAH ke halaman rumah diaorg. Itu selfish bai. Ko imagine jumpa parents ko cakap nak angkut rumah bawak p depan rumah korang, ingat parents korang nak bagi ke? Bongok gile

3. Advice bapak Fendi. Korang imagine eh, korang tengah kusut-kusut ni bapak korang boleh bagi advice yang "mengondem". Tu advice ke apa? Boleh pulak bapak dia cakap "Tu lah kau, kenapa kau pilih orang jauh. Dekat kan senang!" Kalau dengan aku korang cakap mcm tu, mau makan selipar korang. Kekeke.

Cukup la kot 3 reasoning yang aku bagi ni. Banyak banyak karang korang cakap aku bias pulak. Ok, aku p nak layan cerita Madu 3 P. Ramlee. Tu baru betul legend. Chow.

anti-sampah,
painkiller

Air Asia - May The Force Be WIth You (Facebook)

We have seen the Air Asia ads from Facebook and we decided that we should come out with our own iklan sampah version.




May the force be with us.